Followers

Friday 21 October 2011

CARA LELAKI BETOL2 JUJUR UNTUK MENJADIKAN ANDA SEBAGAI KEKASIH

Cara mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih :



1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya..

Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri korang..jangan mudah terpedaya ok?



2-Mengenai nama sebenar korang, pada perkenalan awal korang bersama si dia, korang hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh korang, cukup seminggu korang cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh korang, kalau dia boleh jawab, kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan korang,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah, mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe

Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri korang, dia tidak mengendahkan apakah nama penuh korang, yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri korang, jika korang tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..



3-Tarikh lahir.. Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri korang yang akan alert perkara ini.. Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la birthday you..sory i agak sibuk sekarang..”…awas! anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini..

Kesimpulanya : Apa yang korang perlu lakukan, korang haruslah berhati-hati dengan si dia, perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya, nanti kebenaran akan berpihak kepada korang.



4-Bila korang sakit.. Korang perlu menelefon si dia, memberitahu bahawa korang sakit, tapi ingat sekali sahaja tau. Kalau sidia benar-benar jujur, dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan korang.. mesti dia jadi hughu-hagha lah..

Kesimpulanya ; Selalunya lelaki yang ada niat buruk, dia akan suka perkara ini berlaku pada diri korang, bolehlah dia bebas untuk berseronok dengan kekasih-kekasih gelap dia yang lain…hehehe



5-Bersabar dengan korang.. Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah… contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju, kedai kasut.. memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah korang..

Kesimpulanya : kalau dia jujur dan ikhlas, dia akan terima seadanya sikap korang.. kalau korang dah jumpa lelaki macam ni, insyaAllah bahagialah… Unless, korang terlalu melebih-lebih kerenahnya..paham-paham lah kan?..muahaha

1 comment: