Followers

Friday 21 October 2011

CARA LELAKI BETOL2 JUJUR UNTUK MENJADIKAN ANDA SEBAGAI KEKASIH

Cara mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih :



1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya..

Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri korang..jangan mudah terpedaya ok?



2-Mengenai nama sebenar korang, pada perkenalan awal korang bersama si dia, korang hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh korang, cukup seminggu korang cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh korang, kalau dia boleh jawab, kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan korang,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah, mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe

Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri korang, dia tidak mengendahkan apakah nama penuh korang, yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri korang, jika korang tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..



3-Tarikh lahir.. Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri korang yang akan alert perkara ini.. Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la birthday you..sory i agak sibuk sekarang..”…awas! anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini..

Kesimpulanya : Apa yang korang perlu lakukan, korang haruslah berhati-hati dengan si dia, perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya, nanti kebenaran akan berpihak kepada korang.



4-Bila korang sakit.. Korang perlu menelefon si dia, memberitahu bahawa korang sakit, tapi ingat sekali sahaja tau. Kalau sidia benar-benar jujur, dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan korang.. mesti dia jadi hughu-hagha lah..

Kesimpulanya ; Selalunya lelaki yang ada niat buruk, dia akan suka perkara ini berlaku pada diri korang, bolehlah dia bebas untuk berseronok dengan kekasih-kekasih gelap dia yang lain…hehehe



5-Bersabar dengan korang.. Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah… contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju, kedai kasut.. memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah korang..

Kesimpulanya : kalau dia jujur dan ikhlas, dia akan terima seadanya sikap korang.. kalau korang dah jumpa lelaki macam ni, insyaAllah bahagialah… Unless, korang terlalu melebih-lebih kerenahnya..paham-paham lah kan?..muahaha

INGIN TAHU MENGENAI LELAKI ?

Ramai wanita tidak tahu sepenuhnya tentang lelaki. Mereka kadang kala buat sesuatu perkara yang lelaki tidak suka. Sehingga boleh menyebabkan kesedihan berlaku.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan para wanita sekalian, apa yang anda perlu tahu tentang lelaki :



(1) Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

(2) Jika seseorang lelaki meminati wanita , wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

(3) Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

(4) Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

(5) Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

(6) Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
(7) Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar untuk kali pertama!

(8) Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
ana ingin memikat hati wanita.

(9) Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

(10) Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

(11) Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

(12) Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

(13) Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

(14) Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan..

(15) Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tidak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

(16) Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

(17) Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

(18) Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

(19) Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

(20) Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!